Isnin, 14 Mac 2011

Tinggal Kenangan...

Pernah menjadi kenangan terindah dalam hidup aku apabila aku bergelar seorang isteri pada seorang lelaki yang amat aku sayangi dan cintai... Tapi ianya tidak berkekalan bila hadirnya orang ketiga diantara kami yang memisahkan aku dan dia... Tapi begitu kuatnya cintaku padanya, sehingga aku tidak mampu untuk melupakannya walaupun untuk sesaat... Bodohkah diriku kerana masih mengingati dia..? Tidak mampu untuk aku melupakannya sebegitu cepat... Aku perlukan masa untuk menerima segalanya dengan redha dan hati terbuka... Percintaan selama 6 tahun masih belum menjamin perkahwinan yang kekal selamanya... Ianya hanya mampu berkekalan hanya seketika cuma... Kesetiaan yang diberi masih belum tentu dibalas dengan kesetiaan... Mungkin dia bukan dilahirkan untuk ku... Dia pernah menjadi anugerah terindah yang pernah ALLAH swt berikan padaku...Kini hanya tinggal kenangan antara Aku & Dia... :')

Tiada ulasan: