Rabu, 7 Mac 2012

Aku adalah aku...


Assalamualaikum... dah lama aku x menaip dan meluahkan perasaan aku di dalam blog aku ni.. hari ni aku berpeluang untuk meluahkan perasaan aku.. Hummm... aku masih belum mampu untuk melupakan dia.. apa yang patut aku lakukan...? Aku xnak terus bergini.. Tapi aku tak mampu nak melawan perasaan aku..Dia dh pon ade life dia sendiri.. Dah ada isteri dan anak lagi... Tapi aku masih begini... Aku tak ada dendam buat dia.. Cuma aku sangat-sangat merindui dia.. Aku tak patut  ada perasaan begini pada dia... Dia bukan hak aku lagi... harap aku mampu melupai dia suatu masa nanti dan aku dikurniakan kebahagiaan seperti yang dia kecapi sekarang... Amin InsyaALLAH...

Jumaat, 15 Julai 2011

Dah lame aku tak menaip di blog aku ni... Hari ni aku ot.. Sambil wat keje, aku meluahkan perasaan aku dalam blog aku sendiri... Akhir2 ni, aku teringatkan dia... dia dah lupakan aku untuk selamanya ke..? Kenapa sangat sukat tuk aku melupakan dia.. Akhir-akhir ni dia rajin datang dalam 'mimpi aku'.. Mungkin orang akan cakap aku bodoh sebab masih mengingati dia... Tapi aku tak mintak jadi macamni... Aku dah cuba untuk melupakan dia.. Tapi, apa pun aku cuba lakukan, ianya akan mengingatkan aku pada dia... Kenapa aku sangat menyayangi dia..? Kenapa...? Kenapa dia pergi dari hidup aku...? Aku betul2 memerlukan dia dalam hidup aku... Aku teramat menyayangi dia.. Sampaikan aku tak mampu untuk membuka hatiku ini... YaALLAH, cekalkanlah hatiku ini lau ini yang Kau takdirkan untuk diriku... :'(
 Kenangan aku bersamanya terlalu indah... Dia sentiasa dihati aku... Aku ingat setiap kata-kata yang pernah dia ucapkan pada aku... Apa dosa aku dia buat aku macamni..? Hanya kerana aku buruk ke dia tinggalkan aku...? Tapi kenapa selepas aku benar-benar sayangkannya, dia tinggalkan aku... Aku selalu berangan-angan ingin menjadi ISTERI nya hingga nafas aku yang terakhir... Dia ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH swt buat aku... :'(  "Ayg harap abg akan selalu bahagia walau siapa pun yg membahagiakan abg..."

Ahad, 5 Jun 2011

Aku yang sentiasa gembira... :D



Alhamdulillah, aku semakin gembira... Cuma kadang-kadang tu, biasalah... huhuhu... :D Tapi kadang-kadang bila jadi macamni, nak gembira pon jadi serba salah... Ade jerk yang tanya aku, "tak sedih ke lepas bercerai..?" Aduh, payah sungguh...! Gembira payah, sedih pon payah... Sediah tu, memanglah sedih, tapi takkanlah sepanjang masa aku nak tunjuk yang aku ni sedih selalu... Nanti menampakkan aku ni terlalu lemah... Bohonglah lau aku cakap aku tak sedih... Tapi aku jenis yang x pandai nak tunjukkan sangat sedih aku... lau aku mmg dah xbole tahan, baru aku nangis.... Tapi selagi aku bole menahan, aku xkan menangis...

Aku selalu pikir dan letak lam kepala aku... tak de guna aku nak meratap, menangis, meraung ke... Sebabnya, 'dia' sedang gembira kat sane, aku plak, sedih kat cni buat apa... Aku pon nk gembira gak... Aku boleh gembira tanpa 'dia' lah.... InsyaALLAH... Aku yakin, setiap apa yg ALLAH swt bagi 2, pasti bersebab, dan akan ade hikmah baik disebaliknya... Lau orang cakap aku xsedih 2, mmg bohong sgt... 6 thn aku mengenali 'dia'... dalam sekelip mata aku kehilangan 'dia' kerana ade 'BETINE' perosak lam dunia ni yang sanggup runtuhkan masjid orang lain semata-mata nak membina masjidnya sendiri... mmg bangang...!!! hahaha... :D lantak kaulah 'betine' nak wat ape.... yang penting skang, aku bahagia dengan apa yang aku miliki... Alhamdulillah...  Lau ko bahagia, ngan merampas hak orang, ko tggu jerklah balasan ko drNYA 1 masa nanti... Terlepas di dunia, xbermaksud ko lei terlepas di akhirat...!!! Apa pon, hidup harus diteruskan...! Caiyuk untuk diriku sendiri...!!!!! :D

Khamis, 21 April 2011

Ketenangan...

Hwaaaa...! manalah hilangnya ketenangan aku nie...? Mana aku nk cari nie...? Aku nakkan ketenangan....! kadang-kadang aku rasa sangat tenang... Kadang-kadang plak, aku rasa serabut sangat... Sampai aku tak tahu apa yang aku nak buat... Kenapa ngan aku sebenanrnya nie...? Aku rasa macam nak lari jauh-jauh... jauh dari semua ini... Dari semua yang aku rasa seolah-olah sangat membebani aku...

Isnin, 28 Mac 2011

Diriku ini masih belum mampu...

Emmm... kadang-kadang aku rasa gembira sangat ngan apa yang aku miliki sekarang walaupun selepas aku bersedih selama ni... Allah swt gantikan segalanya ngan kegembiraan... Alhamdulillah... aku bersyukur sangat padaNYA... tapi kadang-kadang ingatan aku pada dia mengganggu segalanya... sekali sekala aku akan mengingati dia... mengingati kisah cinta kami yang aku rasakan sangat indah dahulu... aku jadi takut tuk bercinta lagi walaupun jauh disudut hati, aku ingin sekali dicintai... kadang-kadang, sebuah lagu mampu membuatkan aku menangis...
lagi-lagi lagu yang pernah dia beri pada aku dulu... setiap kali lagu-lagu itu berkumandang di udara, ianya pasti akan menyentuh perasan kecil ku ini... yang pasti akan mampu membuatkan aku menangis... ada juga hati aku berkata-kata, kenapa jalan ini yang dia pilih..? kenapa perpisahan dan kecurangan...? tapi apakan daya aku... itulah nasib aku kini... harap, aku mampu untuk melupakan dia untuk selamanya... insyaALLAH...

Isnin, 21 Mac 2011

Adakah kami seiras..?

Adakah kami seiras...? huhuhu... ni kawan kerja aku... Nama dia RABIATUL ADAWIYAH... Ramai kate kami kembar... Tapi mungkin saiz jerk yang tak sama... huhuhu... Sebab dia kecik, aku ni beso... Tapi ramai kate muke kami seiras... Tang mana tu, aku pun tak tahu... Asal jumpa orang, dorang mesti tanya... "Adik beradik ker, Kembar ke?"... Dan kami hanya tersenyum sambil menjawab... "Ha'ah... lain mak dan ayah jerk".. hahaha.. :D

Sahabat yang juga saudaraku...

Ini adalah sahabat baik yang juga saudaraku... huhuhu... kami jarang jumpa... tapi kami sangat rapat... alhamdulillah, Walaupun dah berbagai yang kami hadapi, kami masih tetap sahabat baik... :)
Segala masalah akan aku kongsikan bersamanya... Aku harap dia juga gembira kerana menjadi sahabat aku... Aku harap kami akan kekal baik begini selamanya... Aku tak mahu kalau ade anasir-anasir luar yang akan menghancurkan keakraban kami... Sahabat selamanya buat sahabat baik ku SYAZILA @ ZILA... :D